Skip to main content

Kaunter Pembayaran

👤 Peranan & Seksyen Terlibat​

Proses pada modul ini melibatkan peranan berikut:

  1. Pegawai

Seksyen yang terlibat bagi fungsi Kaunter Pembayaran ini adalah:

  1. Seksyen Khidmat Pengurusan (Unit Kewangan) (JKKP Negeri)

🧭 Kaunter Pembayaran​

Semakan Sebut Harga Perkhidmatan​

Akses Halaman Log Masuk MyKKP

Klik pautan berikut: 👉 Log Masuk MyKKP

Halaman Log Masuk MyKKP

Halaman Log Masuk MyKKP

  1. Masukkan ID pengguna dan Kata Laluan.
  2. Klik butang Log Masuk.
â„šī¸ INFO
  • Jika terlupa ID Pengguna, sila emel kepada MyKKP: mykkp@mohr.gov.my
  • Jika terlupa Kata Laluan, sila klik Lupa Kata Laluan?
  • Jika belum mempunyai akaun, sila klik Daftar sini

Akses Halaman Carian Bil/Resit​

  1. Dari halaman Menu Utama, klik butang menu Kabinet Kewangan yang terdapat pada menu sebelah kiri (sidebar menu).
Halaman Kabinet Kewangan

Halaman Kabinet Kewangan

  1. Halaman Kabinet Kewangan akan dipaparkan.
  2. Pada paparan tab Carian Bil/Resit, klik dropdown pada medan Carian Bil/Resit.
Tab Carian Bil/Resit

Tab Carian Bil/Resit

  1. Klik butang radio Senarai Sebut Harga dan klik butang OK.
Popup Carian Bil/Resit

Popup Carian Bil/Resit

  1. Pilih kategori tapisan carian pada medan Kategori dan klik butang OK.
Kategori Carian

Kategori Carian

  1. Masukkan maklumat yang dikehendaki pada medan Carian dan klik butang ikon Cari.
  2. Maklumat sebut harga akan dipaparkan pada jadual.
Hasil Carian Sebut Harga

Hasil Carian Sebut Harga

  1. Untuk melihat maklumat dokumen sebut harga, klik pada No. Sebut Harga yang dipaparkan.
  2. Sebut harga yang dipilih akan dipaparkan pada halaman tab baru.
â„šī¸ INFO
  • Jika pembayaran telah dilkaukan, status sebut harga akan bertukar menjadi Sudah Bayar.
  • Pegawai kewangan boleh melihat maklumat bil bagi sebut harga yang telah dibayar.

Penjanaan Resit Sebut Harga Perkhidmatan Melalui Kaunter​

Akses Halaman Jana Resit​

  1. Untuk menjana resit bagi pembayaran sebut harga melalui kaunter, klik butang tab Jana Resit.
  2. Pada medan dropdown Jana Resit, pilih Bayaran Tanpa Bil.
Tab Jana Resit

Tab Jana Resit

  1. Klik dropdown pada medan Kategori untuk memilih kategori tapisan carian.
Kategori Jana Resit

Kategori Jana Resit

  1. Klik butang radio yang dikehendaki dan klik butang OK.
  2. Masukkan maklumat yang dikehendaki pada medan Carian dan klik butang ikon Cari.
❗ PENTING
  • No. sebut harga perlu diisi dengan lengkap sebelum membuat carian.
  1. Maklumat sebut harga akan dipaparkan dalam jadual.
Hasil Carian Jana Resit

Hasil Carian Jana Resit

  1. Klik butang Jana Resit untuk menjana resit bagi sebut harga tersebut.

Paparan Penjanaan Resit​

  1. Pop-up Menjana Resit akan dipaparkan.
Popup Jana Resit

Popup Jana Resit

❗ PENTING
  • Pemilihan Kod Kutipan Hasil akan dipaparkan secara default berdasarkan jenis permohonan yang dibuat oleh pemohon.
  • Jika jenis permohonan adalah Orang Kompeten (OK) – Kod kutipan hasil adalah Lain-lain Pemeriksaan dan Perkhidmatan oleh JKKP.
  • Jika jenis permohonan adalah Loji (PEKALA, PEMULA) – Kod kutipan hasil adalah Bayaran Pemeriksaan Loji (Jentera)
  1. Klik dropdown pada medan Kaedah Pembayaran untuk memilih kaedah pembayaran yang dibuat oleh pemohon.
Popup Kaedah Pembayaran

Popup Kaedah Pembayaran

  1. Klik butang radio yang dikehendaki dan klik butang OK.
  2. Isi maklumat janaan resit dengan lengkap pada medan-medan yang dipaparkan.
  3. Klik butang Jana Resit.
Jana Resit

Jana Resit

  1. Resit yang dijana akan dipaparkan pada halaman tab baru.