Panduan Pengurusan Jadual CEP
đ Pengenalanâ
Pengurusan Jadual CEP boleh dilakukan pada peringkat berikut:
Semak dan Proses Permohonanâ
Pegawai boleh melakukan semakan terhadap jadual CEP yang dihantar oleh pemohon semasa aktiviti Semak dan Proses Permohonan, serta melakukan pengemaskinian markah CEP.
Terdapat lapan modul OYK Pembaharuan yang terlibat dalam pengurusan Jadual CEP:
| Bil. | Modul OK |
|---|---|
| 1. | Pembaharuan OYK Doktor Kesihatan Pekerjaan (OYKOHD(R)) |
| 2. | Pembaharuan OYK Juruteknik Higien 1 (OYKJHI(R)) |
| 3. | Pembaharuan OYK Juruteknik Higien 2 (OYKJHII(R)) |
| 4. | Pembaharuan OYK Major Hazard (OYKMH(R)) |
| 5. | Pembaharuan OYK Penaksir Risiko Bising (OYKPEB(R)) |
| 6. | Pembaharuan OYK Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (OYKSHO(R)) |
| 7. | Pembaharuan OYK Pengapit (OYKCHRA(R)) |
| 8. | Pembaharuan Penaksir Kualiti Udara Dalaman (OYKIAQ(R)) |
Semak dan Carian Rekodâ
Pegawai boleh melihat maklumat Jadual CEP terkini melalui fungsi Semak dan Carian Rekod bagi tujuan semakan dan rujukan.
đ Semak dan Proses Permohonanâ
Log Masuk Akaun MyKKPâ
Akses Halaman Log Masuk MyKKP
Klik pautan berikut: đ Log Masuk MyKKP

Halaman Log Masuk MyKKP
- Masukkan ID pengguna dan Kata Laluan.
- Klik butang Log Masuk.
- Jika terlupa ID Pengguna, sila emel kepada MyKKP: mykkp@mohr.gov.my
- Jika terlupa Kata Laluan, sila klik Lupa Kata Laluan?
Carian Permohonan OKâ

Halaman Menu Utama MyKKP
Di halaman utama MyKKP, klik butang menu Senarai Tugasan/Agihan Pukal.
Klik butang dropdown Kategori.
Pilih salah satu butang radio bagi kategori yang disenaraikan.
Klik butang OK.
Isi maklumat pada medan Carian dan klik ikon Carian.
Maklumat yang dicari akan dipaparkan dalam jadual Senarai Tugasan.
Klik butang Buka Tugasan.

Carian Permohonan OK

Buka Tugasan OK
Pengurusan Jadual CEPâ

Halaman Semak dan Proses Permohonan
Pegawai boleh memilih tindakan pengurusan Jadual CEP yang berikut:
A. Semakan Sejarah Rekod CEPâ

Semakan Sejarah Rekod CEP
Klik butang Summary CEP.
Pop-up Summary CEP akan dipaparkan.
Jadual CEP terkini akan dipaparkan.
Klik butang Lihat Jadual CEP Terkini untuk melihat sejarah rekod yang telah dikemas kini oleh pegawai.
Rekod Jadual CEP yang telah dikemas kini oleh pegawai akan dipaparkan.
Rekod boleh dilihat melalui setiap tab yang dipaparkan.
B. Kemas Kini Markah CEPâ

Kemas Kini Markah CEP
Klik butang Kemas Kini Markah Jadual CEP.
Pop-up Kemas Kini Markah Jadual CEP akan dipaparkan.
Klik ikon Tindakan pada bahagian yang ingin dikemas kini.
Lakukan pengemaskinian pada bahagian Markah.
Klik butang Kemas Kini.

Pop-up Kemas Kini Markah CEP
đ Semak dan Carian Rekodâ
Halaman Semak dan Carian Rekodâ

Halaman Semak dan Carian Rekod
Klik menu Semak dan Carian Rekod pada menu sebelah kiri.
Pilih Kabinet OK pada medan Jenis Semakan/Carian.
Klik butang radio Semakan OK.
Lakukan carian maklumat OK.
Klik butang Tindakan.
Klik butang Lihat CEP.

Lihat CEP