Pendaftaran OSH-Coordinator (OSH-C)
Last Updated9 September 2026
đ Aliran Proses Pegawai Bagi Permohonan Pendaftaran OSH-Coordinatorâ
Aliran Proses yang terlibat adalah seperti gambar dibawah:

Aliran Proses Pegawai
đ¤ Peranan & Seksyen Terlibatâ
Proses pada modul ini melibatkan peranan berikut:
| Bil. | Peranan |
|---|---|
| 1. | Pegawai Pemeriksa |
Seksyen yang terlibat pada proses permohonan OSH-Coordinator (OSH-C) ini adalah:
| Bil. | Seksyen |
|---|---|
| 1. | Seksyen Industri Kecil dan Sederhana (JKKP Negeri) |
đ§ Aktiviti Tugasan Pegawaiâ
Semakan Pegawai Prosesâ
Akses Halaman Log Masuk MyKKP
Klik pautan berikut: đ Log Masuk MyKKP

Halaman Log Masuk MyKKP
- Masukkan ID pengguna dan Kata Laluan.
- Klik butang Log Masuk.
âšī¸ INFO
- Jika terlupa ID Pengguna, sila emel kepada MyKKP: mykkp@mohr.gov.my
- Jika terlupa Kata Laluan, sila klik Lupa Kata Laluan?
Buka Tugasan Semak dan Proses Permohonan

Halaman Menu Utama MyKKP
- Di halaman utama MyKKP, klik butang menu Senarai Tugasan/Agihan Pukal.
- Klik butang Buka Tugasan pada aktiviti Semak dan Proses Permohonan bagi modul OYKOSHC.

Halaman Senarai Tugasan
Halaman Semak dan Proses Permohonan

Halaman Semak dan Proses Permohonan
- Semak maklumat pada senarai butang yang dipaparkan.
- Butang Maklumat Permohonan memaparkan maklumat permohonan yang telah dihantar pemohon.
- Butang Minit Pengarah memaparkan maklumat minit yang telah diisi Pengarah.
- Butang Minit Ketua Seksyen memaparkan maklumat minit yang telah diisi Ketua Seksyen.
- Pilih butang radio pada medan Keputusan Semakan.
- Isi maklumat pada medan Ulasan.
- Klik butang Simpan untuk menyimpan maklumat.
- Klik butang Hantar untuk menghantar tugasan.
đĄ TIP
Pemilihan Keputusan Semakan akan menentukan aliran proses pegawai seterusnya.
Sila rujuk Aliran Proses Pegawai
A. Keputusan Semakan - Lengkap

Medan Cadangan Pegawai
B. Keputusan Semakan - Tidak Lengkap
â
BERJAYA
Aktiviti tugasan Semak dan Proses Permohonan telah berjaya diselesaikan.
Setelah selesai, tugasan ini akan dipindahkan ke peringkat seterusnya mengikut aliran proses yang telah ditetapkan.
Sila Rujuk Aliran Proses Pegawai