Round Robin OSH-Coordinator (OSH-C)
đ¤ Peranan & Seksyen Terlibatâ
Proses pada modul ini melibatkan peranan berikut:
- Pengarah/Timbalan Pengarah
- Ketua Seksyen
Seksyen yang terlibat bagi fungsi Konfigurasi Round Robin OSH-Coordinator (OSH-C) ini adalah:
- Seksyen Industri Kecil dan Sederhana (JKKP Negeri)
đ§ Round Robin OSH-Coordinatorâ
Halaman Round Robin OSH-Coordinatorâ
Akses Halaman Log Masuk MyKKP
Klik pautan berikut: đ Log Masuk MyKKP

Halaman Log Masuk MyKKP
- Masukkan ID pengguna dan Kata Laluan.
- Klik butang Log Masuk.
âšī¸ INFO
- Jika terlupa ID Pengguna, sila emel kepada MyKKP: mykkp@mohr.gov.my
- Jika terlupa Kata Laluan, sila klik Lupa Kata Laluan?
- Jika belum mempunyai akaun, sila klik Daftar sini
Akses Halaman Round Robin OSH-Coordinatorâ
- Dari halaman Menu Utama, klik butang menu Round Robin OSH-C yang terdapat pada menu sebelah kiri (sidebar menu).

Halaman Round Robin OSH-C
- Halaman Round Robin OSH-C akan dipaparkan.
Statistik Terkini Permohonan Round Robin OSH-Coordinatorâ
Maklumat Statistik Permohonanâ

Statistik Terkini Permohonan OSH-Coordinator
- Semak maklumat pada statistik yang dipaparkan.
i. Dalam Semakan memaparkan jumlah permohonan OSH-Coordinator yang masih belum diproses oleh pegawai.
ii. Telah Selesai memaparkan jumlah permohonan OSH-Coordinator yang telah selesai diproses oleh pegawai.
iii. Tarikh tugasan terakhir diproses merujuk kepada tarikh terkini permohonan OSH-Coordinator yang selesai diproses oleh pegawai.
Konfigurasi Round Robin OSH-Coordinatorâ
Senarai Konfigurasi Round Robinâ

Konfigurasi Round Robin OSH-Coordinator
- Senarai fungsi konfigurasi yang boleh dilakukan pada Round Robin OSH-Coordinator adalah seperti berikut:
i. Tambah pegawai baru
ii. Nyahaktif pegawai
iii. Aktifkan semula pegawai
iv. Hapus pegawai
Tambah Pegawai Baruâ

Fungsi Tambah Pegawai Round Robin OSH-Coordinator
- Klik butang Tambah Pegawai Baru untuk menambah maklumat pegawai pada konfigurasi round robin OSH-C.
- Pop-up Pilihan Pegawai akan terpapar.

Popup Pilihan Pegawai
âšī¸ INFO
- Hanya pegawai dari Seksyen Industri Kecil dan Sederhana mengikut negeri sahaja yang akan dipaparkan.
- Klik butang checkbox pada nama pegawai yang dikehendaki.
- Klik butang Pilih.
- Nama pegawai yang dipilih akan terpapar dalam jadual Senarai Pegawai Terlibat.
Nyahaktif Pegawaiâ

Nyahaktif Pegawai Round Robin
- Klik butang Nyahaktif pada nama pegawai yang berstatus Aktif untuk menyahaktifkan round robin pegawai tersebut.
- Pop-up pengesahan untuk menyahaktifkan pegawai akan dipaparkan.

Popup Pengesahan Nyahaktif
- Klik butang Ya.
- Pop-up pengesahan akan tertutup. Status pegawai akan bertukar menjadi Dinyahaktifkan.
â PENTING
- Pegawai yang dinyahaktifkan tidak akan menerima tugasan baharu, tetapi tugasan sedia ada masih dikekalkan dan perlu diselesaikan oleh pegawai.
Aktifkan Pegawaiâ

Aktifkan Pegawai Round Robin
- Klik butang Aktif pada nama pegawai yang berstatus Dinyahaktifkan untuk aktifkan round robin pegawai tersebut.
- Pop-up pengesahan untuk aktifkan pegawai akan dipaparkan.

Popup Pengesahan Aktif
- Klik butang Ya.
- Pop-up pengesahan akan tertutup. Status pegawai akan bertukar menjadi Aktif.
Hapus Pegawaiâ

Hapus Pegawai Round Robin
- Klik butang Hapus pada nama pegawai yang dikehendaki.
- Pop-up pengesahan untuk menghapuskan pegawai dari senarai round robin akan dipaparkan.

Popup Pengesahan Hapus
- Klik butang Ya.
- Pop-up pengesahan akan tertutup. Maklumat pegawai akan dihapuskan dari jadual Senarai Pegawai Terlibat.
â PENTING
- Pegawai yang dihapuskan akan masih terpapar dalam senarai round robin OSH-C sehingga semua tugasan selesai. Selepas itu, nama pegawai akan dihapuskan secara automatik daripada senarai.
Audit Trail Konfigurasiâ
Maklumat Audit Trailâ

Audit Trail Konfigurasi Round Robin
- Audit trail bagi aktiviti konfigurasi round robin OSH-C adalah seperti berikut:
i. Penambahan pegawai
ii. Nyahaktifkan pegawai
iii. Pengaktifan semula pegawai
iv. Penghapusan pegawai
âšī¸ INFO
- Audit trail hanya akan memaparkan lima (5) pengemaskinian terkini sahaja.